Selamat Datang Ke TudungBabyAisyah.com

Aktiviti Pasta Threading

Dapatkan Tudung Baby Aisyah hari ini!

Aktiviti Pasta Threading

 

assalamualaikum wbt , salam sejahtera. Aktiviti kali ini amat-amat mudah. Kak Nur pasti korang mesti tahu aktiviti ni macam mana nak buat kan? atau kali pertama tengok? hihi .

Aktiviti pasta threading ni boleh guna dari bahan2 sedia ada di dapur.

Kak Nur guna lidi satey yang besar tu, pasta, dan gabus.. Aktiviti ni bagus untuk skill motor halus anak-anak.

Skil motor halus ni sangat penting tau.
Sebab ia melibatkan penggunaan halus otot-otot kecil yang mengawal jari & tangan.

Skil ni untuk membolehkan anak kita kuat
untuk menulis, memotong, guna gunting dengan betul, menyuap makanan, memakai butang baju, zip baju atau seluar, dan lain2.

Bahan-Bahan

  1. Lidi Sate
  2. Pasta
  3. Gabus
  4. Mangkuk

Cara Aktiviti/Bermain dengan Anak-Anak

  1. Cucuk kan lidi sate tadi pada gabus secara menegak
  2. buka pasta tadi dan isikan ke dalam mangkuk
  3. Tunjukkan pada si kecil cara untuk letakan pasta ke dalam lidi
  4. Praktis dan ulang
  5. Have fun!

Manfaat Aktiviti ini

  1. baik untuk skil motor halus
  2. melibatkan penggunaan halus otot-oto kecil jari dan tangan
  3. membantu anak-anak dalam skil menulis, memotong, guna gunting dengan betul, menyuap makanan, memakai butang baju, zip baju atau seluar dan lain-lain

 

Gambar Aktiviti

 

 

Jom buat aktiviti pasta threading ni sama-sama. Setup tak sampai 5 minit pun. Luangkan masa 5-10 minit sehari waktu pagi dengan anak-anak dengan aktiviti ini untuk merangsang fine motor skill anak-anak.

Dapatkan Tudung Baby Aisyah hari ini!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI MEDIA SOSIAL

Sharing Is Caring! ^_^

Facebook
Twitter
WhatsApp

Share this post

Leave a Reply

×
×

Cart